Friday, 19 May 2017

MERAWAT LAPTOP YANG SUDAH TERKENA SHORTCUT VIRUS


Bismillah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullah~

Recently, ramai yang menghubungi saya untuk meminta bantuan laptop mereka terkena virus@shortcut. Alhamdulillah takde lagi yang contact saya tanya macam mana nak handle virus ransomware@wannacry yang viral sejak beberapa hari niii. Yang tu, mohon maaf la ea. Saya memang tak tahu how to handle hahahha.

So, apa itu shortcut virus? How they spreading? How to handle this thing?

Saya akui, ramai kawan yang contact saya, mereka tak banyak knowledge mengenai dunia IT and sistem niii. So, now saya akan share dengan anda simple steps and knowledge tentang penjagaan system laptop dan shortcut virus. So please share and spread this message jika anda rasa ianya berguna and please tegur jika ada kesilapan dan penambahbaikan. Insha’Allah~

Shortcut virus adalah adalah virus yang create shortcut. OK itu jeeee hahahaha.

So macm mana pulak dia merebak? SHORTCUT VIRUS merebak melalui dua cara yang common. Firstly, bila kita download porn or download benda yang ntah pape and merbahaya. So janganlah tengok benda yang tak elok and beware ape yang gais download from internet. No porns please. Kahwin aje. OK jangan ubah topik. Secondly iaitu BILA KITA TEKAN FOLDER YANG SUDAH TERKENA SHORTCUT VIRUS. So kebanyakan virus sortcut ini spread disebabkan oleh second reason ni. Cara nak tahu device itu mempunyai shortcut antivirus adalah:


GAMBAR 1: Infected Files 

akan ada anak panah biru besar kat each infected folder. Seriously jangan sesekali click.


                                            GAMBAR 2: Still okey. masih suci beb

If you gais click that infected files, AUTOMATICALLY all viruses akan INFECTED to the whole system in “Local Disc C”.

SO, DON’T CLICK THAT FILE. JANGAN SESEKALI CLICK FOLDER YANG DAH INFECTED TU K.

If hard disc laptop/PC anda ada lebih dari one partition, partition lain macam Local Disc D, E, F dan lain-lain masih selamat. Jadi, saranan saya, elakkan save data penting di Local Disc C (Desktop, My Documents, My Musics, My Videos, My Pictures etc)

So, how to solve those problems?

Well, ini panjang sikit kisahnya. Teruskan tekun membaca K.

If gais hantar kedai untuk solve problem ini, confirm depa suruh format punya. Nak duit kan. Ape ade hal. Dan gais pun iyekan aje laaaaaaa. Lalu terbang sudah RM 50-90 duit gais gitu ajeee. Install windows bukan murah beb. Lagi tinggi windows, lagi mahal and take time to install. So memang kena tekan harga RM 50-90 la jugak. Hantarlah kat saya. Windows 10 Single Language/Pro 64-bit, murah beb. Harga boleh bawa runding hahahhaa #SempatPromoteLagi

Sebelum saya ingin menceritakan langkah penyelesaian, anda kena faham partition yang ada dalam laptop gais. They baru boleh solve.

Untuk internal hard disc, kita biasanya buat 2 partition sahaja. Macam “Local Disc C” & “Local Disc D”
Macam kat gambar dibawah ni.


Untuk pendrive, biasanya kita akan guna apps “Virus Shortcut Remover” untuk hilangkan virus shortcut ini. So, don’t bother with pendrive. Focus on internal hard disc je dulu. Jadi, shortcut virus normally akan serang system sahaja, which mean “Local Disc C”. So kita akan gunakan huruf C dalam cleaning virus nanti.

Kenapa shortcut virus tak serang Local Disc D? Sebab ianya bukan main system dalam hard disc. Sebab tu saya sarankan, jangan save any data kat Local Disc C (Desktop, My Documents, My Musics, My Videos, My Pictures etc). Simpanlah di Local Disc D. Sangat mudah.

 Now saya akan share how to solve/clean the shortcut virus? Well, gini caranya. Mudah sahaja. Cara ini bergantung kepada windows ape yang gais pakai. Ade slightly different from Windows 7, 8, 8.1 and 10. Sikit je beza.

STEP/LANGKAH:

1. Tekan button window *yang 4 petak kat keyboard tuuuu*
2. Type “cmd” >> “right click” >> click “Run as Administrator” >> Select "Yes"


Nanti box hitam akan pop-up
3. Type code ini dalam box hitam:

attrib -h -r -s /s /d C:\*.*


Huruf C yang korang type tu bermaksud pathway untul "Local Disc C"

4. Click “Enter
5. Tunggu sampai coding tu betul-betul settle. Nak tahu settle atau tak, korang boleh type ape-ape je dalam box hitam tu, dan korang boleh baca ape benda nerapu yang gais type tu hahahaha. Jangan close black box tu selagi tak settle. Kang sia-sia jeee usaha gais tu yeeeee. So simple kan caranya? 5 step ini boleh save RM50 tu tauuuu~

Tapi, ade baik & buruk langkah ini yeeeee.

Baik:
1. Save duit.

Buruk:
1. Terlepas satu langkah, sebaiknya buat dari awal kepada yang baru nak belajar. So remeh sikit.
2. Scanning ini tak boleh pergi ke dalam files yang terlalu dalam. So, if shortcut itu dok terlalu dalam, memang xboleh padam.

Now, macam mana nak buang shortcut virus dalam pendrive? Well, it is very easy. Tak payah type kat box hitam tu. Just simply pakai apps “Virus Shortcut Remover 3.1” melalui link ini. Silalah download, jangan malu-malu. Free saja maaa.


Macam mana nak guna apps ni?

Mudah aje. Run apps ni >> Pilih “Pendrive” >> Select device korang “D” ke, “E” ke >> Click “Scan

Macam mana nak tahu pendrive korang huruf ape? Gini haaaa.


Jika ada shortcut virus, kat belah kanan akan ada list shortcut virus yang ada dalam pendrive gais tu. So, select all and tekan “Delete”

Then, tekan button “Back” and ulang dari langkah “Pendrive”. Buat 2 kali untuk langkah keselamatan.

Nota: Jika Local Disc C dah ade shortcut virus, langkah cleaning shortcut virus kat pendrive takkan berhasil sampai bila-bila. So, clean dulu hard disc C. Then baru boleh clean pendrive.


Atau malas nak buat step ini? Hantar ajela kedai. Settle. Atau boleh hantar kat saye. Hahahahaha. K itu je.