Bismillah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullah~
Recently, ramai yang menghubungi saya untuk meminta
bantuan laptop mereka terkena virus@shortcut. Alhamdulillah takde lagi yang
contact saya tanya macam mana nak handle virus ransomware@wannacry yang viral
sejak beberapa hari niii. Yang tu, mohon maaf la ea. Saya memang tak tahu how
to handle hahahha.
So, apa itu shortcut virus? How they spreading? How
to handle this thing?
Saya akui, ramai kawan yang contact saya, mereka tak
banyak knowledge mengenai dunia IT and sistem niii. So, now saya akan share
dengan anda simple steps and knowledge tentang penjagaan system laptop dan
shortcut virus. So please share and spread this message jika anda rasa ianya
berguna and please tegur jika ada kesilapan dan penambahbaikan. Insha’Allah~
Shortcut virus adalah adalah virus yang create
shortcut. OK itu jeeee hahahaha.
So macm mana pulak dia merebak? SHORTCUT VIRUS
merebak melalui dua cara yang common. Firstly, bila kita download porn or
download benda yang ntah pape and merbahaya. So janganlah tengok benda yang tak
elok and beware ape yang gais download from internet. No porns please. Kahwin
aje. OK jangan ubah topik. Secondly iaitu BILA KITA TEKAN FOLDER YANG SUDAH
TERKENA SHORTCUT VIRUS. So kebanyakan virus sortcut ini spread disebabkan oleh second
reason ni. Cara nak tahu device itu mempunyai shortcut antivirus adalah:
GAMBAR 1: Infected Files
akan ada anak panah biru besar kat each infected folder. Seriously jangan sesekali click.
GAMBAR 2: Still okey. masih suci beb
If you gais click that infected files,
AUTOMATICALLY all viruses akan INFECTED to the whole system in “Local Disc C”.
SO, DON’T CLICK THAT FILE. JANGAN SESEKALI CLICK
FOLDER YANG DAH INFECTED TU K.
If hard disc laptop/PC anda ada lebih dari one
partition, partition lain macam Local Disc D, E, F dan lain-lain masih selamat.
Jadi, saranan saya, elakkan save data penting di Local Disc C (Desktop, My
Documents, My Musics, My Videos, My Pictures etc)
So, how to solve those problems?
Well, ini panjang sikit kisahnya. Teruskan tekun
membaca K.
If gais hantar kedai untuk solve problem ini,
confirm depa suruh format punya. Nak duit kan. Ape ade hal. Dan gais pun
iyekan aje laaaaaaa. Lalu terbang sudah RM 50-90 duit gais gitu ajeee.
Install windows bukan murah beb. Lagi tinggi windows, lagi mahal and take time
to install. So memang kena tekan harga RM 50-90 la jugak. Hantarlah kat saya. Windows
10 Single Language/Pro 64-bit, murah beb. Harga boleh bawa runding hahahhaa
#SempatPromoteLagi
Sebelum saya ingin menceritakan langkah
penyelesaian, anda kena faham partition yang ada dalam laptop gais. They baru
boleh solve.
Untuk internal hard disc, kita biasanya buat 2
partition sahaja. Macam “Local Disc C” & “Local Disc D”
Macam kat gambar dibawah ni.
Untuk pendrive, biasanya kita akan guna apps “Virus
Shortcut Remover” untuk hilangkan virus shortcut ini. So, don’t bother with
pendrive. Focus on internal hard disc je dulu. Jadi, shortcut virus normally akan serang
system sahaja, which mean “Local Disc C”. So kita akan gunakan huruf C dalam
cleaning virus nanti.
Kenapa shortcut virus tak serang Local Disc D?
Sebab ianya bukan main system dalam hard disc. Sebab tu saya sarankan, jangan
save any data kat Local Disc C (Desktop, My Documents, My Musics, My Videos, My
Pictures etc). Simpanlah di Local Disc D. Sangat mudah.
STEP/LANGKAH:
1. Tekan button window *yang 4 petak kat keyboard
tuuuu*
2. Type “cmd” >> “right click” >> click
“Run as Administrator” >> Select "Yes"
Nanti box hitam akan pop-up
3. Type code ini dalam box hitam:
attrib -h -r -s /s /d C:\*.*
Huruf C yang korang type tu bermaksud pathway untul "Local Disc C"
4. Click “Enter”
5. Tunggu sampai coding tu betul-betul settle. Nak
tahu settle atau tak, korang boleh type ape-ape je dalam box hitam tu, dan korang
boleh baca ape benda nerapu yang gais type tu hahahaha. Jangan close black
box tu selagi tak settle. Kang sia-sia jeee usaha gais tu yeeeee. So simple
kan caranya? 5 step ini boleh save RM50 tu tauuuu~
Tapi, ade baik & buruk langkah ini yeeeee.
Baik:
1. Save duit.
Buruk:
1. Terlepas satu langkah, sebaiknya buat dari awal
kepada yang baru nak belajar. So remeh sikit.
2. Scanning ini tak boleh pergi ke dalam files yang
terlalu dalam. So, if shortcut itu dok terlalu dalam, memang xboleh padam.
Now, macam mana nak buang shortcut virus dalam
pendrive? Well, it is very easy. Tak payah type kat box hitam tu. Just simply
pakai apps “Virus Shortcut Remover 3.1” melalui link ini. Silalah download, jangan malu-malu. Free saja maaa.
Macam mana nak guna apps ni?
Mudah aje. Run apps ni >> Pilih “Pendrive”
>> Select device korang “D” ke, “E” ke >> Click “Scan”
Macam mana nak tahu pendrive korang huruf ape? Gini haaaa.
Jika ada shortcut virus, kat belah kanan akan ada list
shortcut virus yang ada dalam pendrive gais tu. So, select all and tekan “Delete”
Then, tekan button “Back” and ulang dari langkah “Pendrive”.
Buat 2 kali untuk langkah keselamatan.
Nota: Jika Local Disc C dah ade shortcut virus,
langkah cleaning shortcut virus kat pendrive takkan berhasil sampai bila-bila.
So, clean dulu hard disc C. Then baru boleh clean pendrive.
Atau malas nak buat step ini? Hantar ajela kedai.
Settle. Atau boleh hantar kat saye. Hahahahaha. K itu je.
No comments:
Post a Comment